30 Jul '17, 2am

#JohorBahru Pesta Durian Malaysia-Thailand dapat sambutan hebat

Johor Bahru: Penganjuran Pesta Durian dan Buah-Buahan Malaysia-Thailand buat kali pertama di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, bermula Jumaat lalu mendapat sambutan luar biasa orang ramai. Sambutan luar jangkaan itu dibuktikan apabila 120 tan durian terjual dalam tempoh dua hari pesta diadakan. Penganjur, Mohd Zaki Salleh berkata, dia tidak menyangka pesta durian kali pertama dianjurkan di negeri ini mendapat sambutan daripada pengunjung tempatan dan Singapura. “Sejak dibuka bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam pada hari pertama, 120 tan durian habis dijual. “Saya terkejut dengan sambutan ini berikutan jumlah durian yang dijual menyamai tempoh empat hari penganjuran di Shah Alam, Selangor sebelum ini,” katanya yang akan mengadakan siri jelajah di Sentral Bazar, Nilai 3, Negeri Sembilan, pada 3 hingga 6 Ogos depan. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Full article: https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/248934/120-tan-habis

Tweets

#jauharku | Pesta Durian Malaysia – Thailand Da...

udabayas.com 31 Jul '17, 3am

Laporan / Foto : Nor Adilah Abdullah JOHOR BAHRU, 30 Julai 2017 ( Udabayas ) – Tinggal satu hari lagi kepada pengemar ‘raj...

RSI is proud of our new partnership with Valley...

valleymetro.org 29 Jul '17, 4pm

One-of-a-Kind Partnership to Keep Riders Cool PHOENIX, AZ – Valley Metro Rail and The Refrigeration School, Inc. (RSI) hav...

Pesta Durian Dan Buah – Buahan Malaysia Thailan...

johortimes.my 28 Jul '17, 12am

Iklan Hari Raya Pelaburan MARA 2017 – Ikhlas DOKUMENTARI BUAYA TEMBAGA – @MP_PASIRGUDANG Majlis Perbandaran Pasir Gudang S...

#balikpulau Pesta Durian Pulau Pinang 2017 berm...

hmetro.com.my 20 Jul '17, 10am

LEBIH 100 jenis durian menjadi pilihan pada Pesta Durian Pulau Pinang 2017 bertemakan 'Mai Pekena Durian Pulau Pinang' di ...

Ziyad, Mohd Ridzuan dapat 'durian runtuh'

bharian.com.my 24 Jul '17, 2pm

TIGA atlet paralimpik negara (dari kiri), Mohd Ridzuan Mohd Puzi, Mohamad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly. - Foto Ahm...