semuanyabola.com
14 Feb '17, 11am
AS Monaco Bakal Terima Durian Runtuh £7.2 Juta, Jika Martial Sumbat Gol Lagi https://t.co/aC7fH68MXU
Manchester United telah bersetuju dengan klausa khas untuk pemain muda mereka Anthony Martial. Dikatakan ada beberapa klausa yang memerlukan United membayar bonus £7.2 juta ataupun €10 juta. Antaranya adalah, jika Anthony Martial menjaringkan gol ke-25 sebelum hari jadi ke-22 beliau, United perlu membayar bonus £7.2 kepada AS Monaco. Ada juga laporan menyatakan, United juga akan membayar jumlah yang sama untuk setiap 25 gol seterusnya ketika Martial berusia 21 tahun ataupun sebelum hari jadi ke-22. Namun nampak gayanya, untuk Martial mencecah angka 50 gol memerlukan pemain ini berusaha lebih keras. Buat masa ini, jaringan ke atas Watford minggu lalu adalah jaringan ke-24 Martial dalam 72 penampilan untuk The Red Devils. Beliau sudah memenangi Piala FA bersama-sama dengan Manchester United. Tarikh akhir klausa ini dimansuhkan adalah pada 5 Disember 2017. Jadi, AS Monaco sud...
Full article:
https://semuanyabola.com/monaco-klausa-martial/