06 Sep '15, 11am

UTeM bantu pelajar kurang mampu: DURIAN TUNGGAL: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) m... #PrkDR @KLXpress

UTeM bantu pelajar kurang mampu: DURIAN TUNGGAL: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) m... #PrkDR @KLXpress

DURIAN TUNGGAL: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menawarkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda bagi sesi 2015/2016 kepada 135 individu di bawah Program Bottom 40 (B40). Naib Canselor, Prof. Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, tawaran itu diberikan kepada mereka yang terdiri daripada kalangan keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM3,000. Menurutnya, daripada jumlah berkenaan seramai 53 orang bakal meneruskan pengajian di peringkat diploma sementara 82 pelajar bagi ijazah sarjana muda. “Program ini kali kedua dilaksanakan UTeM dan sambutan yang diterima amat menggalakkan lebih-lebih lagi kita turut mendapat bantuan daripada pemimpin setempat bagi mengenal pasti pelajar berkelayakan. “Kita mahu membantu pelajar daripada golongan ini iaitu ibu bapa yang berpendapatan rendah atau orang kurang upaya bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di UTeM...

Full article: http://peraktoday.com.my/2015/09/utem-bantu-pelajar-kuran...

Tweets