19 Dec '12, 3am

Pemilik restoran agih 2,400 durian #SHPHG

Pemilik restoran agih 2,400 durian #SHPHG

KUANTAN – Lebih 2,400 durian diagihkan kepada orang ramai di sebuah restoran di Jalan Bukit Sekilau, dekat sini. Pemilik restoran berkenaan, Suhaimi Mat, 53, berkata, pengagihan durian itu bertujuan membolehkan semua rakan dan penduduk setempat menikmati keenakan durian dibawa khas dari ladangnya di Kelantan. Menurutnya, antara durian menjadi pilihan pelanggan ialah Musang King, durian kunyit dan durian kampung. Pengagihan bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu mendapat sambutan pelbagai bangsa yang memilih durian kegemaran mereka sekali gus membuktikan perpaduan kaum di kawasan itu. “Lebih 1,000 tetamu dan peminat durian berkumpul. Walaupun bukan secara serentak tetapi tetamu sentiasa datang dan menikmati durian baru dari ladang kami di Kuala Krai, Kelantan,” katanya. Suhaimi berkata, jamuan durian tersebut juga diadakan sebagai penghargaan kepada rakan dan tetamu yang tidak...

Full article: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/pemilik-restor...

Tweets