30 Aug '16, 12pm

Puas jual 'raja buah': Areh turut kongsi cara pilih durian selain tip di laman sosial

Kerjaya sebagai jurutera kapal dengan pendapatan bulanan RM6,000 sudah cukup untuknya menampung keperluan diri namun kerana minat, Mohamad Harris Rosli, 24, sanggup berulang-alik ke destinasi berbeza setiap hari bagi memastikan pelanggan dapat menikmati keenakan raja buah. Mohamad Harris atau lebih mesra dengan panggilan Areh berkata, pekerjaan sampingan itu dilakukan sejak 12 tahun lalu namun dia mula didedahkan dengan ilmu mengenai durian dan buah-buahan sejak berumur 10 tahun. Baginya, pekerjaan itu amat menyeronokkan malah dia gembira apabila pelanggan berpuas hati dengan rasa durian yang dijualnya. Berbeza dengan peniaga lain, Areh berkata, dia tidak menjual durian di gerai, pasar malam mahupun pasar tani sebaliknya menghantar sendiri bekalan durian diambil daripada peraih kepada pelanggan yang membuat tempahan. “Ketika kecil, saya sering mengikut ayah, Rosli Che Ros,...

Full article: http://www.hmetro.com.my/node/162957

Tweets